The
White Phosphorus
Fosforus
putih bukanlah senjata baru, malah ia sudah digunakan sejak Perang Dunia lagi.
Bagaimana
ia berfungsi?
Ia
akan bereaksi (chemical reaction) dengan oksigen, dan akan terbakar apabila
dengan sendirinya di udara
Maka
apabila terkena manusia, mangsa seolah-olah dipanggang terus hingga ke tulang.
Gas yang dilepaskannya juga beracun. Apabila bom tersebut dilepaskan, ia akan
menghasilkan debu-debu putih yang berterbangan (jangan keliru antara asap
dengan debu). Apabila kulit anda terkena debu putih tersebut, kulit anda akan
melecur secara tiba-tiba. Fosforus putih mampu membakar kulit dan daging anda
terus sehingga menampakkan tulang.
Depleted
Uranium
Ini
juga bukanlah senjata baru. Ia telah digunakan oleh Amerika puluhan tahun
dahulu.
Sebenarnya
Depleted Uranium bukanlah sebuah bom atau peluru, sebaliknya ia adalah logam
yang di”attach” sekali dengan mana-mana peluru dan bom yang sedia ada.
Kesannya, peluru tersebut mampu menembusi besi-besi yang keras dan tembok-tembok
yang kebal.
Depleted
Uranium diletakkan dimuncung sebuah mortar
Namun,
Uranium yang digunakan itu tidak berhenti di situ sahaja. Ia mampu meninggalkan
sisa berradioaktif yang mampu merosakkan tubuh manusia, sama ada mati atau
cacat. Malah kesannya lebih teruk kepada janin yang masih berada di dalam perut
ibunya (proses perkembangan janin terganggu akibat sinaran radioaktif
menyebabkan bayi akan lahir dalam keadaan yang sangat teruk).
Kesannya
terhadap manusia boleh dilihat apabila kebanyakan bayi yang lahir di Iraq
selepas pencerobohan Amerika lahir dengan kecacatan yang begitu teruk sekali. Kadar
kecacatan adalah begitu tinggi.
Gambar-gambar
di bawah adalah kesan apabila sel badan manusia berubah apabila terkena
pancaran radioaktif daripada Uranium.
Inilah
yang dilakukan oleh para pengganas dunia yang sebenar. Mereka menguji
senjata-senjata mereka ke atas kaum muslimin yang mereka jajah. Bayangkan
bagaimana senjata itu terkena ayah anda? atau ibu anda? atau anda sendiri?
Bagaimana
jika fosforus putih terkena kulit anda dan membakar daging anda terus ke tulang
hidup-hidup?
Atau
bagaimana jika adik atau anak anda lahir dalam keadaan cacat yang terlampau
teruk?
sabda Nabi SAW yang bermaksud, “barangsiapa
yang tidak mengambil berat permasalahan orang Islam yang lain, maka
dia bukan dari kalangan mereka”.
No comments:
Post a Comment