Dunia ini
penuh dengan cabaran dan pancaroba. Walau sepahit mana sekalipun, hidup perlu
di teruskan selagi hayat di kandung badan.
Jika hari
ini kita susah, usah merungut kerana ada yang kehidupannya kurang bernasib baik
dari kita. Jangan kita memandang orang yang berada di atas, kelak kita sendiri
yang akan binasa kerana terlalu menginginkan hidup yang mewah.
Tetapi
pandang orang yang berada di bawah kita dengan penuh hikmah kerana ia akan
menjadikan kita lebih bersyukur kerana kehidupan kita lebih baik dari orang
lain.
Allah S.W.T
berkuasa ke atas hamba-hambanya. Allah S.W.T maha bijaksana dalam mengatur yang
terbaik untuk hamba-hambanya. Kita sebagai manusia jangan mudah berputus asa
dalam memohon keampunan dan pertolongan dari-Nya.
Anggap
musibah yang melanda sebagai ujian kerana Allah sedang menguji keimanan dan
ketaqwaan hamba-hambanya.
Allah S.W.T
berfirman :
“Dan sungguh
akan kami berikan cubaan kepadamu dengan
sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan
berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”. (Al- Baqarah :
155)
Hadapi
musibah itu dengan hati yang tenang dan redha. Jangan kita mudah berputus asa
dan bersedih setiap hari mengenangkan nasib. Musibah yang menimpa kita itu akan
menjadikan kita kuat dan matang. Ujian yang Allah berikan juga akan mendidik
kita untuk mendekatkan Diri kepada yang maha esa.
Mungkin
salami ini kita lalai dalam mengingatinya. Dengan ujian yang melanda, akan
membuatkan kita dekat kepada-Nya dengan berdoa dan kembali kepada jalan yang
diredhai.
Berdoalah
kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang mukmin.
Firman Allah
S.W.T :
“Berdoalah
kamu kepada-Ku nescaya aku perkenankan doa kamu”. (Al- Mukmin : 60)
Jangan
terlalu bersedih atas musibah yang melanda kerana apabila Allah menguji
hambanya, itu bermakna Allah sayang kepada hambanya. Kuatkan hati dan bangkit
bangun dari kesedihan kerana dengan bersedih tidak dapat menyelasaikan masalah.
Katakan lah pada diri “masih ada hari esok untuk aku”.
Jadi,
bangkit lah untuk menjadi lebih kuat dan terus kan hidup ini dengan membuat
sesuatu yang terbaik.
Walau apa
pun ujian yang melanda, ingatlah bahawa Allah S.W.T sentiasa bersama kita
selagi kita ingat kepada-Nya. Kita tidak pernah keseorangan dalam kehidupan ini
kerana Allah itu dekat dengan kita. Dekatkan lah diri kita kepada Allah dengan
mendirikian solat dan berzikir. Cari teman untuk berkongsi masalah.
Ikhlaskan
hati dan redha dalam menghadapi musibah itu akan menjadikan kita tenang.
Renungkan kembali, mungkin musibah yang melanda adalah kifarah dosa kita yang
lalu. TEKAD UNTUK TIDAK MENGULANGINYA.
Bersabar
dalam menghadapi musibah, itu adalah yang terbaik. Jangan terburu-buru membuat
sesuatu yang boleh memudaratkan diri sendiri. Isi masa yang terluang dengan
perkara yang berfaedah seperti bersukan, membaca buku-buku motivasi, solat
sunat dan bertadarus. Semua ini akan membuatkan kita lupa pada masalah yang
sedang kita hadapi.
Jangan
berputus asa dalam memohon rahmat dan keampunan Allah S.W.T. Jangan biarkan
hidup hancur akibat tidak sabar, Keluarga akan hancur akibat emosi yang
berpanjangan dan pekerjaan menjadi kacau akibat tidak pandai mengatur.
No comments:
Post a Comment