Assalamualaikum..
Perasaan hati..
Ketika yang lain sibuk bersms dan bercakap di telifon
berjam-jam, dan kita hanya mampu berdiam tiada teman, apa yang menjadi
permasalahannya dengan demikian? Bukankah duit dan kredit yang kita ada boleh
disimpan dan digunakan untuk lain keperluan.
Ketika yang lain sibuk mengadu kepada kekasih mereka segala
permasalahan yang mereka punya, dan kita pula rasakan kita tidak memiliki
sesiapa untuk berkongsi rasa. Bukankah
Allah ada? Dia yang memberikan rasa bahagia dan menarik segala ujian duka buat
kita. Bukan teman yang mereka puja-puja
itu yang bisa menenangkan kegelisahan yang ada.
Ketika mereka berbangga menceritakan tentang teman yang
mereka punya, tentang kekacakan atau kejelitaan pujaan hati mereka, dan kita
hanya mampu mendengar dan tidak terkata apa.
Kita mula memasang angan-angan untuk memiliki teman seperti
yang mereka punya. Kebanggaan apa yang
nak kita cari sebenarnya? Seorang suami/isteri atau pun seorang kekasih yang
hanya mahu dipamer kepada semua?
Ketika mereka berhias dan keluar bersama-sama dengan si dia
dan kita hanya mampu duduk dibilik membaca buku sahaja, kita rasakan hampanya
tanpa kehadiran insan yang boleh sentiasa bersama. Kau sebenarnya lupa tentang kisah si epal
yang tinggi di atas puncak pohonnya. Yang
bersendiri dan tiada siapa yang mampu merapati kecuali bagi insan yang terpilih
untuk memiliki.
Sehebat
mana cinta, tetapi tanpa jodoh ketentuanNya, tiada daya jua untuk bersama. Dan
walau kau tak punya sesiapa, tatkala sampai masa yang ditentukanNya, dia yang
kau tunggu dalam doa akan tiba. Bukan
sebagai kekasih sementara, tetapi kekasih abadi yang akan memimpinmu ke syurga.
No comments:
Post a Comment