Assalamualaikum.. hmmm..
suddenly feel like wanna post sumtin about....
love.. :)
please enjoy dis simple story..
Suatu
hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang marah,
dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”
Seorang
murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh
itu dia berteriak.”
“Tapi…” guru bertanya kembali
“Orang yang dimarahinya hanya berada
dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak berbicara secara
lembut?"
Hampir
semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut
mereka. Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan.
Maka
guru berkata, “Ketika dua
orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka
menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu,
untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.
Namun anehnya, semakin kuat mereka
berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati
yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka
terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”
Guru
masih melanjutkan, “Sebaliknya,
apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?
Mereka tidak berteriak, mereka berbicara
dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan
bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar dengan begitu
jelas.
Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan
muridnya.
Mereka
kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan
jawapan. “Kerana hati mereka begitu
dekat, hati mereka tak berjarak. Sepatah kata pun tak perlu
diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa
yang ingin mereka sampaikan.”
Ketika kita sedang
dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi
mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di
saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan
membantu kita.
No comments:
Post a Comment