
Dalam berkawan takde istilah memilih. Kamu sayang aku apa,
aku sayang kamu apa. Tidak ada istilah itu. Kawan adalah kawan yang berhak atas
kebaikan kita. Beri yang terbaik, maka kita akan dapat yang terbaik
daripadanya. Apa lagi untuk urusan jatuh cinta. Bijak dalam memilih orang yang
harus kita cintai bukan bererti perlu banyak untuk memilih atau
mempertimbangkan aspek harta benda, miskin kaya, pangkat atau melarat dan lain
sebagainya,
Bukan seperti itu yang dimaksudkan. Yang dimaksudkan
adalah kita perlu bijak memilih dalam membezakan apakah cinta yang kita semai
dalam kategori halal atau haram?
Hidup adalah pilihan. Maka pandai – pandailah memilih.
Memilih cinta untuk ditekuni, memilih hati untuk direngkuh dan memilih
kebersamaan yang melahirkan kesempatan berbagai. Bila memang cinta itu dilarang
bagi kita, maka lebih baik tinggalkan dan pilih yang benar. Meskipun ia pernah
ada, tetapi ia tidak selalu harus bersama kita.
Sekarang memang bukan zaman Siti Nurbaya. Sekarang zaman
muslimah moden yang faham bagaimana menjadi seseorang yang bijak dalam
menyingkap segala irama hidup. Jangan mudah dibuai oleh rayuan maut lelaki yang
suka menipu. Bijaklah dalam mengelolakan cinta, letakkan cinta pada tempatnya.
Mencintai lelaki sehebat apa pun dia, mencintai perempuan
secantik apa pun dia, harus tetap terkawal. Jangan sampai menggelapkan mata
hati. Harus bijak, matang dan dewasa. Ketika dilimpahi hadiah, maka jangan
berfikir itu sebagai sebuah barang percuma kerana tiada yang percuma di dunia
ini, dan kepentingan peribadi yang diselitkan di celah kad dan hadiah yang kita
terima.
kalau kita tidak sensitif dan menganggap itu sebagai
sesuatu yang biasa, maka berhati-hatilah kerana boleh jadi itu adalah tanda
awal masuknya hati ke dalam perangkap.
.

Memilih untuk Menerima
Terimalah orang yang memang sudah dipilihkan Allah untuk kita,
Terima apa yang menjadi kekurangannya, sebagaimana kita menerima setiap
kelebihannya.
Nikmatilah setiap proses mengenal peribadi, mengukuhkan
setiap persamaan dan mencari titik temu dalam setiap perbezaan. Manusia bukan
batu keras dan susah berubah. Manusia boleh berubah sesuai dengan proses yang
membentuknya untuk berubah.Berilah kesempatan bagi orang yang kita terima untuk
menyesuaikan diri. Jangan cepat bosan atau cepat menilai bahawa proses itu
gagal. Tetapi cubalah berfikir tenang bahawa proses ini memerlukan kesabaran.
.
Memilih Untuk Menolak
Kuasa memilih memang ditangan pihak lelaki. Tetapi kuasa
menolak adalah berada ditangan perempuan, Maka tolaklah dengan sopan, tidak
kasar, dan lembut. Berilah alasan yang tidak mengusutkan tetapi mudah diterima
oleh akal sihat. Sikap tegas adalah berbeza dengan dengan sikap kasar. Tegas
tidak harus kasar.
Jika tidak, kita akan dianggap main-main dan tentunya lebih
parah. Tetapi apabila kita menolak dengan tegas, si dia akan segera sedar
bahawa dia tidak perlu lagi untuk terhegeh – hegeh.
.
No comments:
Post a Comment