Salam Jumaat
Sahabat-sahabat… J
Setiap hari
dalam Islam mempunyai kelebihan masing-masing. Di antara 7 hari yang ada dalam
setiap minggu itu juga, kaum Yahudi berbangga dengan hari Sabtunya dan penganut
Kristian pula meraikan hari Ahadnya, maka Umat Islam sudah tentu memiliki hari
kebesarannya tersendiri dan amat menghargai dengan Kemuliaan Hari Jumaat sebagai
‘Penghulu Segala Hari’.
Dalam
riwayat lain dari Hudzaifah Radhiyallahu ‘anhu dengan lafaz;
أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.
“Allah telah menyesatkan orang-orang
sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat
Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita
hidayah untuk memperoleh hari Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu
dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari
kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari
kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.”
(Hadis Riwayat Muslim r.a.)
Sebagaimana
Allah SWT telah menjadikan kota Makkah dan Madinah sebagai kota Suci;
menjadikan Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa sebagai masjid yang
paling utama; menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan paling mulia di antara
bulan-bulan lainnya, menjadikan malam Lailatul Qadar sebagai malam Seribu
bulan; menjadikan sepertiga malam sebagai waktu paling berkesan untuk
mendekatkan diri kepada Yang Maha Khaliq; begitu juga hari Jumaat, Allah SWT
telah menjadikan Hari Jumaat sebagai ‘Sayyidul Ayyam’ atau penghulu segala hari
(hari paling utama). Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini
termasuklah Solat Jumaat.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari paling baik di mana
matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam
Alaihissallam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam
syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi pada
hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat
menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan
permintaannya.” (HR. Muslim)
Keutamaan
Hari Jumaat
Hari Jumaat
merupakan hari yang amat istimewa bagi kaum Muslimin. Hari Jumaat mempunyai
banyak kelebihan dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada
hamba-hambaNya.
Berikut
adalah keistimewaan dan keutamaan hari Jumaat:

1. Hari Paling Mulia
Hari Jumaat
adalah hari yang paling utama dan merupakan penghulu segala hari. Terdapat
beberapa peristiwa yang terjadi pada hari Jumaat ini, di antaranya:
Allah SWT
ciptakan Adam Alaihissallam
Nabi Adam
alaihissallam dimasukkan ke dalam syurga.
Nabi Adam
alaihissallam diturunkan dari syurga menuju bumi.
Allah
mewafatkannya Nabi Adam Alaihissallam.
Hari Jumaat
juga merupakan hari akan berlakunya Qiamat.
Dari Abu
Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari paling baik di mana
matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam
diciptakan, dan pada hari itu juga Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta
diturunkan dari syurga. Pada hari itu juga kiamat akan terjadi dan pada hari
tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap
Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintannya.” (HR.
Muslim)
Abu Hurairah
Radhiyalahu ‘anhu meriwayatkan, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda;
خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيْهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلاَ تَقَوْمُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِي يَوْمِ الْجُمُعَة
“Sebaik-baik hari yang matahari terbit
padanya adalah hari Jumaat; pada hari inilah Adam Alaihissalam diciptakan, pada
hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari inilah
juga Baginda dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali
pada hari ini.” (HR Muslim r.a.)
Dalam
riwayat Aus bin Aus Radhiyallahu ‘anhu pula menyatakan:
إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ قُبِضَ، وَفِيْهِ النَّفْخَةُ، وَفِيْهِ الصَّعِقَةُ …….
“Sesungguhnya seutama-utama hari kamu
adalah hari Jumaat; pada hari ini Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini
juga ia dimatikan, pada hari ini ditiupkan sangkakala (tanda kiamat), dan pada
hari ini juga hari kebangkitan.”
2. Hari Bagi Kaum Muslimin
Hari Jumaat
adalah hari berkumpulnya Umat Muhammad صلى الله عليه وسلم dalam masjid-masjid mereka yang
besar untuk mengikuti solat dan sebelumnya mendengarkan dua khutbah jumaat yang
mengandungi wasiat bertaqwa dan nasihat-nasihat, serta doa.
Dari Kuzhaifah
dan Rabii bin Harrasy Radhiyallahu Anhuma bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata, “Allah menyesatkan
orang-orang sebelum kami pada hari Jumaat, Yahudi pada hari Sabtu, dan Nasrani
pada hari Ahad, kemudian Allah mendatangkan kami dan ember petunjuk pada hari
Jumaat, mereka umat sebelum kami akan menjadi pengikut pada hari kiamat, kami
adalah yang terakhir dari penghuni dunia ini dan yang pertama pada hari kiamat
yang akan dihakimi sebelum umat yang lain.” (HR. Muslim dan Ibnu Majah)
Al-Hafidz
Ibnu Katsir berkata: “Hari ini dinamakan Jumaat, kerana merupakan ambilan dari
kata ‘al-jamu’ yang ertinya berhimpun, kerana Umat Islam berkumpul pada hari
itu setiap minggu di masjid-masjid. Allah SWT memerintahkan hamba-hamba-Nya
yang mukmin berkumpul untuk menunaikan ibadah kepada-Nya.”
Allah SWT
berfirman:
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿٩
“Wahai orang-orang yang beriman!
Apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu
kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli; Yang demikian itu lebih
baik bagimu Jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah Al-Jumaah
62: Ayat 9)
3. Penghulu Segala Hari
Hari Jumaat
adalah hari yang teramat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat sebagai ketua
dan ganjarannya lebih berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu
hadis Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: “Jumaat dinamakan
sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (sebaik-baik hari).”
Dari Abu
Lubabah bin Ibnu Mundzir Radhiyallahu Anhu berkata, Rasulullahصلى الله عليه وسلمberkata, “Hari Jumaat adalah penghulu
segala hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini lebih
mulia dari hari raya Aidilfitri dan Aidiladha di sisi Allah. Pada hari Jumaat
terdapat lima peristiwa; Diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada
hari Jumaat Adam dimatikan, di hari Jumaat juga terdapat waktu yang mana jika
seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selagi tidak memohon yang
haram, dan di hari Jumaat juga akan berlakunya kiamat. Tidaklah seseorang Malaikat
yang dekat di sisi Allah SWT, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada
hari Jumaat.” (HR. Ahmad)
4. Hari Kebesaran Mingguan
Dalam 7 hari
yang ada, hari Jumaat adalah ‘Hari Besar’ yang berulang setiap minggu.
Ibnu Abbas
Radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari ini adalah hari
besar yang Allah tetapkan bagi Umat Islam, maka siapa yang hendak menghadiri
soalat Jumaat hendaklah mandi terlebih dahulu.” (HR. Ibnu Majah)
5. Hari Perhimpunan Bagi Solat Jumaat
Solat Jumaat
dua rakaat yang difardhukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah
semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah SWT
daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Rasulullah صلى الله عليه وسلمbersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat
pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta; Sesiapa hadir solat Jumaat
pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu; Sesiapa yang menghadiri
solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas; Sesiapa
hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu
ayam, dan Sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah
sebiji telur.”
6. Hari Ramai Malaikat Turun ke Bumi
Pada hari
Jumaat juga, Allah SWT mengutus para malaikat turun ke muka bumi. Di tangan
terdapat mereka tinta kalam emas dan kertas-kertas daripada perak, mereka juga
berdiri dan menunggu di pintu-pintu masjid bagi mencatat nama-nama mereka yang
hadir ke masjid dan mendirikan Solat Jumaat.
Apabila
telah sempurna dan selesai Solat Jumaat, mereka kembali ke araysh untuk
menyembahkan hasil catatannya kepada Allah SWT dengan berkata: “Wahai Tuhan
kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah SWT
berfirman: “Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya
Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
7. Hari Mustajab Berdoa
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Pada hari itu terdapat
suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah
SWT sesuatu kebaikan, melainkan Allah SWT memakbulkan doanya atau ia meminta
Allah SWT melindunginya daripada sesuatu kejahatan, melainkan Allah
melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).
Hari Jumaat
adalah masa yang mustajab untuk berdoa terutama pada dua waktu terbaik iaitu di
antara:
a. Imam duduk di atas mimbar sehingga solat
selesai Jumaat.
b. Pada akhir waktu Asar.
Ibnu Qayyim
Al-Jauzi mengatakan: “Di antara sekian banyak pendapat ada dua yang paling
kuat, sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis yang sahih, pertama saat duduknya khatib
sampai selesainya solat. Kedua, sesudah Asar, dan ini adalah pendapat yang
terkuat dari dua pendapat tadi.” (Zadul
Ma’ad Jilid I/389-390).
Keterangan
lanjut :-
‘Masa-masa Mustajab Berdoa di Hari
Jumaat’ ~ (Klik Di Sini)
8. Hari Dihapuskan Dosa
Diampuni
dosa-dosanya antara Jumaat tersebut dengan Jumaat sebelumnya. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : “Solat lima waktu (sehari semalam)
dan Jumaat hingga Jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama
tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)
Dari Salman
Al-Farisi Radhiyallahu Anhu mengatakan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Tidaklah seseorang mandi
pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, berminyak dengan minyak, atau
memakaikan minyak wangi dari rumahnya, kemudian keluar (menuju masjid), dan dia
tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk berdampingan), kemudian dia
hendak mendirikan solat yang sesuai dengan tuntutannya, lalu diam mendengarkan
(dengan seksama) ketika imam berkhutbah melainkan akan diampuni (Dosa dosanya
yang terjadi) antara Jumaat tersebut dan Jumaat berikutnya.” (HR. Bukhari)
Salman Al
Farisi berkata lagi, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang mandi pada
hari Jumaat, bersuci sesuai kemampuan, merapikan rambutnya, memakai minyak
wangi, lalu berangkat ke masjid, dan masuk masjid tanpa melangkahi sesiapa,
kemudian solat sesuai tuntunan dan diam tatkala imam berkhutbah, nescaya
diampuni dosa-dosanya di antara dua Jumaat.” (HR. Bukhari).
9. Hari Lebih Utama Bersedekah
Sedekah pada
hari itu lebih utama dibanding sedekah pada hari-hari lainnya.
Ibnu Qayyim
berkata: “Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari
lainnya seumpama di sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya.”
.
Hadis dari Ka’ab menjelaskan: “Dan Sedekah pada
hari itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya.” (Mauquf Shahih)
10. Hari Meraih Pahala
Orang yang
hadir dan menunaikan kewajibannya untuk solat Jumaat akan mendapat pahala untuk
setiap langkahnya ke Masjid, setara dengan pahala ibadah satu tahun solat dan
puasa.
Aus bin Aus
berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian
bersegera berangkat menuju masjid, dan menempati shaf hadapan kemudian dia
berdiam, maka setiap langkah yang dia ayunkan mendapat pahala puasa dan solat
selama satu tahun, dan itu adalah hal yang mudah bagi Allah.” (HR. Ahmad dan
Ashabus Sunan, Didakwa sahih oleh Ibnu Huzaimah).
11. Hari Hidayah Daripada Allah SWT
Hari Jumaat
merupakan keistimewaan dan hidayah yang Allah SWT berikan kepada umat Islam
yang tidak diberikan kepada umat-umat lain sebelumnya.
Abu Hurairah
meriwayatkan bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda;
نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ اْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوْتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا وَأُوْتِيْنَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوْا فَهَدَانَا اللهُ لِمَا اخْتَلَفُوْا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ، فَهَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِيْ اخْتَلَفُوْا فِيْهِ هَدَانَا اللهُ لَهُ –قَالَ: يَوْمُ الْجُمْعَةِ-، فَالْيَوْمُ لَنَا وَغَداً لِلْيَهُوْدِ وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى.
“Kita adalah umat yang terakhir muncul
tapi paling awal tiba pada hari kiamat, dan kita yang pertama kali masuk
syurga, cuma mereka diberi Kitab sebelum kita sedangkan kita diberi Kitab
setelah mereka. Kemudian mereka berselisih, lalu Allah memberi kita hidayah
terhadap apa yang mereka perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan,
dan Allah berikan hidayah berupa hari ini kepada kita (Nabi صلى الله عليه وسلم menyebut hari Jumaat). Maka hari
(Jumaat) ini untuk kita (umat Islam), besok (Sabtu) untuk umat Yahudi dan lusa
(Ahad) untuk umat Nasrani.” (HR Muslim r.a.)
Dalam
riwayat lain dari Hudzaifah Radhiyallahu ‘anhu dengan lafaz;
أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.
“Allah telah menyesatkan orang-orang
sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat
Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita
hidayah untuk memperoleh hari Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu
dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari
kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari
kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.”
(Hadis Riwayat Muslim r.a.)
12. Meninggal Pada Hari Jumaat Sebagai Tanda
‘Husnul Khatimah’
Meninggal
dunia pada malam hari Jumaat atau siangnya adalah penanda ‘Husnul Khatimah’,
iaitu dibebaskan dari fitnah (azab) kubur.
Diriwayatkan
oleh Ibnu Amru, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Setiap muslim yang mati
pada siang hari Jumaat atau malamnya, nescaya Allah akan menyelamatkannya dari
fitnah kubur.” (HR. Ahmad dan Tirmizi, undian sahih oleh Al-Bani).
13. Hari Terselamat Dari Seksa Kubur
Orang yang
meninggal pada Hari Jumaat, InsyaAllah akan selamat dari fitnah (bencana/seksa)
kubur.
Daripada
Abdullah bin Amr, sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: “Tidak seorang Muslim yang mati
pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah SWT daripada fitnah kubur.” (Hadis Riwayat Tarmizi)
14. Hari Berlakunya Qiamat
Jumaat
merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya ‘Qiamat’ (hari
pembalasan). Dalam suatu hadis, Rasulullah صلى الله عليه وسلم ada menyebut bahawa: “Pada hari
Jumaat juga Qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman
meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis
Riwayat Muslim r.a.)
Dalam hadis
lain, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari
Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat.
Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia
dan afdal daripada hari Jumaat.”
Sabda
Rasulullah صلى
الله عليه وسلم.: “Pada hari itu Qiamat akan terjadi
dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah Azzawajalla
melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi
melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)
15. Hari Dapat Melihat Allah SWT Di Syurga
Hari tatkala
Allah SWT menampakkan diri kepada hamba-Nya yang beriman di syurga.
Firman Allah
SWT;
وَلَدَيْنَا مَزِيدٌ ﴿٣٥
“Dan di sisi Kami ada lagi tambahan
(limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka).”
(Surah
Al-Jumuaah 50; Ayat 35)
Seorang
sahabat, Anas bin Malik dalam mengulas ayat 35 di atas : “‘Dan Kami memiliki
pertambahannya’; Beliau mengatakan; “Allah SWT menampakkan diri kepada mereka
setiap Hari Jumaat.
Semoga Hari
Jumaat ini menjadikan kita insan yang lebih Bertaqwa, lebih Berhikmah, lebih
Berjaya Dan Lebih Cemerlang di dunia & akhirat. Jadi, marilah sama-sama
kita berdoa agar Allah SWT memilih kita di kalangan golongan yang diberikan
kelebihan oleh Allah SWT.
والله أعلم بالصواب
Wallahu
A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
No comments:
Post a Comment