
Ini
adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat
SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi
melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat
limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat
penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau
Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta
memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap
orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR.
Muslim)
TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang
tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak
sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda:
Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu
dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu
berpuasa sunat.
GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan
mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma
terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita
sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan,
mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali.
Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada
jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu
dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan
apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada
syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan
serta menghilang kan gundah di hati.
OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi
kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta
tawakkal kepada Allah s.w.t.
TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya
kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku
dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan
ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada
dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati.
Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
“BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI.
Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah. Semoga hati kita semakin
dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.”
Jom ikot cara Rasullah kawan2....
No comments:
Post a Comment