Kali ini ingin sangat saya menulis tentang cita-cita.. Semestinya setiap manusia yang hidup di atas muka bumi ni ingin berjaya. Namun, kejayaan tidak pernah datang bergolek begitu juga cita-cita takkan tercapai secara tiba-tiba tanpa usaha yang gigih. Karier sebagai itu cita-cita saya. Hakikatnya, pada asalnya adalah impian ayah, namun setelah berfikir, ingin saya penuhi impian beliau dan biarkan dia melihat anaknya ini mengotakan impian beliau. Berbekalkan semangat dan usaha yang gigih,saya pasti satu hari nanti usaha saya akan tercapai jua.Berpegang pada satu prinsip hidup iaitu "IMPOSSIBLE IS NOTHING " telah mengajar saya cara untuk tidak berputus asa walaupun ditimpa 1001 masalah.Sekali fikir sudah tentu ramai yang berkata bahawa cita-cita saya ini tinggi mengunung tetapi bak kata perpatah "hendak 1000 daya tak nak 1000 dalih", peribahasa ini sudah cukup memberi erti bahawa semua kemahuan akan tercapai jua jikalau BERUSAHA. Kesimpulanya ialah usaha adalah elemen penting dalam mengejar cita-cita !!!
Hidup ini kadangkala kita di atas kadangkala kita di
bawah. Apabila kita berada di atas janganlah sesekali kita lupa orang yg berada
di bawah. Ingatlah kata-kata ini "Langit tak selalu cerah" .
Kata- Kata ini memberi 1001 makna untuk diri ini. Kehidupan sebagai seorang
mahasiswa memerlukan satu pengorbanan dalam aspek rohani mahupun
jasmani. Tatkala kita belajar pasti akan muncul satu masalah yang menghalang
kita. Oleh itu ,kesabaran amat penting dalam pasca menjadi seorang mahasiswa
yang terbilang lagi cemerlang.Saya ingin menegaskan bahawa antara salah satu
punca kejayaan seseorang ialah usaha yang beterusan .

